Saturday, 20 August 2011

pengembaraan ku di KL

20/08/2011
jumaat
oo:33

seperti rusa masuk kebandar..itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk diriku…pada hari ini ku bersendirian  di ibukota Negara tercinta ini iaitu bandaraya kuala lumpur…tujuan ku ingin pergi ke perpustakaan Negara untukmencari  bahan bagi asiment ku yang diberi oleh pensyarah ku..ku merantau dikuala lumpur seorang diri kerana abi ku meeting dari pagi sampai petang..

pada mulanya ku pergi ke medan tuanku..ku pergi ke situ untuk mencari buku bergaitan dengan asiment yang diberikan oleh pensyarah ku keepada ku..sampai ke medan tuanku..ku berjalan kaki ke kompleks membeli-belah SOGO..ku masuk ku SOGO kerana ingin mencari kedai buku didalamnya..sudah 1 jam ku berpusing didalamnya..akan tetapi ku tidak jumpa dimana kedai buku itu..setelah ku bertanya kepada oorang disekeliling kompleks tersebut..akhirnya ku Berjaya sampai kekedai buku tersebut..kedai buku tersebut bukan didalam  SOGO..tetapi diluru..sudahlah hamper 1kilometer jauhnya..

setelah sampai ke kedai buku..ku mencari apa yang perlu ku cari disana..akhirnya ku membuat keputusan untuk membeli buku yang bertajuk “DAHSYATNYA KIAMAT DAN AZABNYA NERAKA”…ku membeli buku tersebut kerana ia ada kaitan dengan asiment ku..disamping ku boleh menambahkan ilmu tentang bagaimana kehidupan kita pabila hari kiamat dan setelah dibangkitkan di padang mahsyar nanti..selepas siap ku membeli buku itu..ku mendapat monorel untuk pergi ke jalan chauket..abi ku berkata..dari jalan chauket..ku bleh mendapatkan perhikmatan bas..

ku pon berjalan disekeliling jalan chauket untuk mencari stesen bas untuk ku dapatkan perhikmatan bas untuk ku pergi ke tujuan utamaku..iaitu perpustakan Negara..setelah berjalan hamper 20 minit..ku tidak berjumpa dengan stesen bas..ku cuba bertanya dengan orang sekeliling situ..akan tetapi dye orang juga tidak tahu..akhirnya ku mengambil keputusan untuk pulang ke bukit bintang iaitu ke hotel federal..tempat dimana ayah ku menginap semasa menghadiri mesyuarat..dengan tekak yang haus..ku mencari stesen monorel untuk pulang..sudah 10minit ku berjalan..namun tidak ku jumpa dimana stesen monorel itu..ku pon mengambil keputusan aekali lagi untuk bertanya kepada orang disekeliling..sesudah bertanya ku pon menuju ke stesn monorel yang hanya dibalik beberapa bangunan sahaja dari situ..

kalau bukan dibulan puasa..sudah lama ku membeli air kegemaran ku dikedai tepi jalan..pada masa itu jika ku mendapat seteguk sahaja air sejuk ..alangkah nyamannya tegak ku ini..tetapi dibulan puasa ini ku berusaha mentaati perintah allah S.W.T…setelah berjaln ku sampai di stesen monorel..ku membeli tiket menuju ke bukit bintang…ku menunggu monorel hamper 5 minit baru monorel tiba..pabila ku masuk ke dalam monorel..wuh!!nyamannya ku rasakan..ini kerana didalam monorel mempunyai air-con..jika dibandingkan dengan cuaca dikuala lumpur pada waktu itu..3 kali ganda lebih nyaman..sedikit dahaga di tekak hilang pabila berada didalam monorel itu..

sampai sahaja di bukit bintang..terus ku menuju ke hotel ku..sampai dibilik yang ku nginap..terus ku mandi dan tidor..sampai disini sahaja IKUT KATA HATI ku…sekian wasalam

Monday, 15 August 2011

dugaan seorang anak lelaki sulung

8/16/2001

12:38
selasa

Hari ini ku tidak tahu apa yang ku rasakan didalam hatiku ini..perasaan yang tidak dapat ku jelaskan bagaimanakah rupanya..adakah ku gembira..adakah ku bersedih..ku tidak tahu..apakah keputusan yang perlu ku lakukan..apakah yang harus ku lakukan...hati ku berbelah bagi samaada ku ingin pulang ke kampung halaman ku atau tidak..

Jika ku pulang ke kampung ku..ku akan dapat bertemu dengan umi ku yang tercinta..akan tetapi ku tidak akan dapat berjumpa dengan abi ku yang disayangi..bermula hari esok hingga hari ahad..ku cuti kerana jika di ikutkan jadual ku di unisel ini..ku hanya ada kuliah bermula isnin hingga rabu..yanng selainnya ku cuti dalam minggu tersebut..pada minggu ini hari rabu iaitu esok cuti..ini bermakna ku mempunyai 5 hari untuk ku cuti...abi ku akan berada di kuala lumpur pada keesokan hari hingga hari ahad..akan tetapi umi ku menyuruh ku pulang  ke kampung..kerana sudah sebulan lebih ku tidak balik ke kampung halaman ku iaitu kampung New Zealand..jika ku blik ke kampung ku..ku tidak akan berjummpa dengan abi ku yang cuma dalam 1 tahun hanya 1 atau 2 kali sahaja pulang ke semenanjung...abi bekerja sebagai pensyarah di maktrikulasi perseguruan rajang,serawak..

 Oleh itu amat jaranglah untuk abi ku pulang ke semenanjung...jika ku tidak blik ke kampung ku...maka ku tidak akan dapat berjumpa dengan umi ku..akan tetapi ku dapat berjumpa dengan umi ku pada minggu hadapan kerana cuti raya...ku sebagai anak lelaki sulung didalam keluarga ku..ku haruslah menjadi anak yang disenangi oleh kedua orang tua ku..jika perkara sedemikian ini berlaku..yang manakah harus ku pilih..yang manakah harus ku dengar katanya..ku sayangkan kedua orang tua ku..kerana merekalah ku dapat menjalani kehidupan seperti ini sekarang..kedua orang tua ku ingin berjumpa dengan ku..jika badan ku boleh dibelah dua..ku akan membelah
badan ku..sebelah pergi berjumpa umi..sebelah lagi berjumpa abi..akan tetapi ku cuma insan biasa..insan yang lemah dimuka bumi ini..ku akan memikirkan hal ini sedalam yang mungkin..dan membuat keputusan yang paling baik dan tidak menyakiti hati mana2 pihak yang tidak ku pilih untuk ku jumpa pada minggu ini..


itu sahaja IKUT KATA HATI ku pada kali ini...sekian wasalam..

Thursday, 11 August 2011

kehidupan sebenar pelajar..

10/8/2011

Rabu oo:20

Hari ini baru ku tahu bagaimana kehidupan seorang pelajar di universiti..ku tidak pernah mengalami hal seperti ini disekolah menengah mahupun disekolah rendah...pada hari ini ku menjadi seperti seorang perlajar yang sebenar yang mana sebelum ini ku tidak pernah terfikir yang ku akan  menjadi salah seorang daripada calon2 untuk fakulti ku iaitu fakulti pendidikan dan sains sosial..macam biasa lah...kalau ad pencalonan mesti ada pengundian...ku ingatkan yang pengundian itu hanyalah diantara beberapa orang sahaja...akan tetapi..orang yang mengundi untuk calon2 fakulti ini adalah semua pelajar didalam fakulti pendidikan dan sains sosial..iaitu didalam seramai 920 orang....pada sebelum ini disekolah menengah ku..kalau ada apa2 acara sekalipun yang melibatkan aktiviti yang melibatkan untuk naik di atas pentas sekolah ku...akan ku cuba sedaya-upaya untuk tidak ku yang naik keatas pentas...

Akan tetapi pada hari ini ku naik keatas pentas unisel yang dihadapanku berhimpun seramai  920 pelajar dari 5 kos yg berbeza..bagi ku pentas merupakan tempat larangan ku..kerana ku sememanngnya tidak berani naik ke atas pentas..ini adalah kerana pabila ku naik ke atas pentas..kaki ku akan berkeletar..dan tidak akan ada apa2 yang dapat ku buat untuk menghentikan getaran kaki ku...itulah sebab utama mengapa ku tidak mahu naik ke atas pentas selama ini...di tambahkan lagi hanya ku seorang sahaja dari SEM 1...calon2 yang lain semuanya adalah senior2 ku yang sudah lama berada di unisel ini...

  Ketika pengatur acara menyuruh semua calon untuk fakulti menaiki pentas..kaki ku mula menggeletar...ku mencubit peha untuk memastikan bahawa ini semua adalah mimpi...tapi ternyata tidak...ku dengan seluruh kekuatan mengikuti apa yang disuruh oleh pengatur acara..pabila ku sampai diatas pentas...masyaallah betapa ramainya pelajar didalam fakulti pendidikan dan sains sosial...pada mulanya ku tidak tahu ingin dihala ke mana pandangan ku ini...akan tetapi ku cuba mencari rakan2 ku didalam lautan manusia itu..akhirnya ku dimana tempat rakan2 ku duduk didalam lautan manusia itu..hampir selama 4 jam ku menahan getaran kaki ku pabila ku berada diatas pentas tersebut....

  Pabila telah siap mengundi...seperti ku jangkakan dari keputusan pengundian itu...ku tidak terpilih sebagai esco fakulti ku...akhirnya ku disuruh turun dari pentas kerana tidak terpilih sebagai esco....pada waktu itu ku amat lega...dan akhirnya ku turun dari pentas dan terus bergegas ke kelas ku yang sedang berlansung di fakulti ku pada waktu itu...

  Kini baru ku tahu bagaimana kehidupan sebenar pelajar...sampai disini sahaja IKUT KATA HATI ku..wasalam...

Monday, 8 August 2011

liku seorang pelajar

seperti hari yang sebelomnya...hari ini ku diuji oleh allah dengan dugaan sebagai pelajar...kalau nak diikut kan ku hanya tidor selama jam setengah jewk..bangun2 terus ku ngadap laptop dok ngadu nasib tok hari  punya..hihihi...tah apa kan ku ini...orang kalau bangun 2 pegi lah solat2 dulu ke???ni kan tidak..ku bangun jewk terus ngadap laptop...bukan apa...mase 2 orang cakap tidak segar ag...2 yang pegi ngadap laptop dulu...tapi yang ku ngadap 2 laptop rakan ku..ku ini mne lah ada laptop sendiri...ni nak cakap sikit ni..pagi tadi ku pegi kelas dengan mata ngatok ya amat...dengan harapan ku dapat belajar pelajaran yang baru pada hari ni..akan tetapt apabila ku pergi ke kelas pada hari ini..yang ku dapat hanyalah kekecewaan..kerana bukan pelajaran yang ku dapat..yang ku dapat hanyalah ngantok ya amat lah..coz kene tunggu 1 jam baru ustaz datang..bile ustaz datang jewk..ku sudah semangat sikit...tetapi ap yang ku dapat hanya lah mendengar senior2 ku dimarah..bertambah lah perasaan mengantok di kepala ku ini..selama 3 jam ustaz ku memarahi senior2 ku...akhir nya tiba masa balik ke rumah ku yang ku duduki di unisel..hati ku berlonjak keriangan kerana kudapat topup tidor ku yang lepas..sampai dirumah..ku campakkan beg dan terus tidor..akan tetapi tidor hanya sementara..kerana ku harus bangun tok solat zohor..lepas ku solat zohor baru ku dapat tidor dengan agak lama..iaitu 3 jam..coz kene bangun solat asar plak..sekarang pukul 4:11 pagi..ku tidak tidor..ku pon tidak tahu kenapa ku tidak mengantok...xpew lah..nanti malam lah ku topup balik tidor ku ini..k sampai disini sahaja IKUT KATA HATI ku..k wasalam.. :)

Sunday, 7 August 2011

kegelisahan ku sebagai seorang insan

pada bulan ramadan yang penuh barakah ini..ku sebagai seorang insan merasakan kegelisahan dan keresahan akan ap yang ku lakukan di bulan yang penuh barakah ini..pada hari puasa yang ke-7 ini..ku merasakan yang ku seperti tidak berpuasa..kerana pada hari ini ku hanya tidur di katil ku...adakah itu dinamakan cara seorang insan dimuka bumi ini berpuasa..semestinya tidak..akibat ku tidur sepanjang hari pada hari ini..ku tidak membalas meseg seorang rakan ku..yang ku berjanji untuk bermeseg dengannya pada hari ini sebelom rakan ku itu pulang  ke sekolahnya untuk belajar..rakanku itu bersekolah di KULIAH..iaitu tempat para2 lepasan sekolah2 agama masuk untuk meneruskan pengajian iaitu dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia....ku kegelisahan dan berasa bersalah akan rakan ku tersebut..mujurlah rakanku itu memahami akan keadaanku yang sebenarnya mengantok pada waktu  rakanku itu hantar meseg kepadaku...ku ucapkan maaf kepada rakanku yang tidak dapat untuk ku balas meseg nya ketika ia mengharapkan ku membalas mesegnya...hanya 1 dapatku cakap yang ku sayangkan rakanku itu...dan kalau ada permintaan yang boleh ku kemukakan..akan ku kemukakan permintaan ku agar ku dijodohkan dengan rakan ku itu..kerana sudah lama ku mengenalinya..ku sudah tahu akan perangainya,perwatakannya dan sifatnya..kerana pada zaman sekarang..amat susah untuk mencari seorang perempuan yang betol2 memiliki sifat2 seorang wanita yang solehah..sebab itu ku berharap akan dijodohkan dengan rakan ku itu..akan tetapi rakan ku itu tidak tahu bahawa ku menyimpan perasaan kepadanya..ku kegelisahan jikalau ku berterus-terang akan perasaan ku kepadanya...perasaanku akan ditolak oleh rakanku itu..itulah kegelisahan yang melanda didalam hati seorang insan seperti ku ini...

Saturday, 6 August 2011

ujian di bulan ramadan

di bulan yang penuh rahmat ini...penuh dengan dugaan dan cabaran..di sini ku ingin berkongsi tentang pengalaman ku yang penuh dengan cabaran dan dugaan...biar pon dari segi mental dan fizikal..hari ini ku mengikuti rakan ku ke sungai buluh..rakan ku itu ingin mengambil laptop dari akaknya yang akan datang ke sungai buluh menaiki tren kereta api dari bangi...kalau di ikutkan..dari sungai buluh ke bangi dengan manaiki kereta..hanya akan mengambil mse dalam setengah jam sahaja..akan tetapi pada hari itu..ku dan rakan ku menuggu akak nya di sungai buluh selama 3 jam..dengan cuaca yang panas memang menguji kesabaran..kalau bukan d bulan puasa..ku dan rakan ku boleh membeli air untuk menghilang kann dahaga di tekak masing2..akan tetapi..di bulan ramadan ini..hanya kesabaran yang dapat ku berikan dalam detik2 menunggu kedatangan akak rakan ku di sungai buluh..perasaan keletihan,kelaparan,kehausan dan mengatok tidak dapat ku gambar kan pada waktu itu...ku hanya bisa bertawakal kepada ALLAH..kerana ku tahu itu adalah ujian dari allah kepada ku di bulan ramadan yang penuh barakah ini..ku hanya lah insan yang lemah..yang hanya bisa berdoa  kepada ALLAH apabila ditimpa sesuatu ujian...

Thursday, 4 August 2011

game punya pasal..

hari ni hari ke-5 b'puasa..ku b'jaga dengan rakan2 ku...tengah ku sibuk menaip tok blog ak ni...rakan2 ku yang lain tengah sibuk b'main game...iaitu NEED FOR SPEED MOST WANTED..game itu juga adalah salah satu daripada game kegemaran ku di dalam PS2...rakan ku yang dalam blacklist 2 hampir nak pecah kepala kerana kegeraman akan BUSTED dengan polis di dalam game tersebut...rakan ku yang 1 lagi..baru mula dan dalam blacklist 14..akibat suka dan teruja bermain game tersebut..rakan2 ku cari cips2 NEED FOR SPEED MOST WANTED di internet...kadang-kala ku ketawa dengan sendiri melihat gelagat rakan2 ku ini...ku beruntung kerana memiliki rakan2 yang ceria dan 1 kepala lah bak kate orang...ku bukan b'jga kerana nak layan blog ni...ku b'jaga kerana ingin memasak untuk ku dan rakan2 ku makan di waktu sahur  nanti...macam biasa..lauk paling sedap dan jimat bagi pelajar macam ku ini....NASI GORENG....terbaik dari pelajar seperti ku ini...

resah di dalam hati

hari ini hati rasa gelisah...takkala dibelenggu dengan masalah yang di hadapi...hari esok membe2 ku m'buat runion di sekolah lama ku iaitu sekolah menengah agama maran...akan tetapi ku kini masih berada di tempat ku belajar...hati ku xkeruan kerana membe2 ku yang susah sama susah,senang sama senang akan hadir ke acara runion tersebut..ku rindu kn akan suasana yang riang dan meriah ketika saat aku bergurau dengan rakan2 ku...ku teringat akan saat ku curi2 keluar mandi ke air terjun bersama rakan2 ku...kerisauan,kegembiraan,ketenangan, dan keseronokan tidak dapat ku gambarkan..ku akan simpan pengalaman yang ku alami bersama rakan2 ku dahulu didalam hati ku ini untuk selama nya...ku ucap kn terima kasih kerana memberikan ku kenangan terindah dalam hidup ku..setiap kenangan manis dan pahit..akan ku jadikan sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup ku...

Wednesday, 3 August 2011

ketenangan di bulan puasa

hari ini sudah masuk hari ke-4 ak berpuasa...ketika ini aku duduk sebentar selepas aku siap mengerja kn solat subuh..ku buka kn pintu branda ku..ku hirup udara yang cukup sejuk dan nyaman..udara yang kalau di hirup  dengan ssepenuh hati boleh mnenenang kn fikiran dan kekusutan hati..di situ dapat ku fikir kn akan ketenangan yang masih ada walaupun dalam kesibukan belajar di UNISEL...segala ketenangan pada waktu itu...aku guna kn dengan sebaik mungkin...minda ku terasa ringan dan kosong...jauh dari segala masalah yang ada di dalam diri ku ini...

musafir d'negeri orang

aku d'lahir kn d'pekan PAHANG....ak d'besar kn di maran PAHANG...tpi kini ak kseorangan d'negeri orang....iaitu negeri SELANGOR....bkan ku sengaja..tpi ku m'ngikut arus hidup ku..yakni aku blajar d'UNISEL...banyak pngalaman yg dapat ku pelajari d'UNISEL ini...