8/16/2001
12:38
selasa
Hari ini ku tidak tahu apa yang ku rasakan didalam hatiku ini..perasaan yang tidak dapat ku jelaskan bagaimanakah rupanya..adakah ku gembira..adakah ku bersedih..ku tidak tahu..apakah keputusan yang perlu ku lakukan..apakah yang harus ku lakukan...hati ku berbelah bagi samaada ku ingin pulang ke kampung halaman ku atau tidak..
Jika ku pulang ke kampung ku..ku akan dapat bertemu dengan umi ku yang tercinta..akan tetapi ku tidak akan dapat berjumpa dengan abi ku yang disayangi..bermula hari esok hingga hari ahad..ku cuti kerana jika di ikutkan jadual ku di unisel ini..ku hanya ada kuliah bermula isnin hingga rabu..yanng selainnya ku cuti dalam minggu tersebut..pada minggu ini hari rabu iaitu esok cuti..ini bermakna ku mempunyai 5 hari untuk ku cuti...abi ku akan berada di kuala lumpur pada keesokan hari hingga hari ahad..akan tetapi umi ku menyuruh ku pulang ke kampung..kerana sudah sebulan lebih ku tidak balik ke kampung halaman ku iaitu kampung New Zealand..jika ku blik ke kampung ku..ku tidak akan berjummpa dengan abi ku yang cuma dalam 1 tahun hanya 1 atau 2 kali sahaja pulang ke semenanjung...abi bekerja sebagai pensyarah di maktrikulasi perseguruan rajang,serawak..
Oleh itu amat jaranglah untuk abi ku pulang ke semenanjung...jika ku tidak blik ke kampung ku...maka ku tidak akan dapat berjumpa dengan umi ku..akan tetapi ku dapat berjumpa dengan umi ku pada minggu hadapan kerana cuti raya...ku sebagai anak lelaki sulung didalam keluarga ku..ku haruslah menjadi anak yang disenangi oleh kedua orang tua ku..jika perkara sedemikian ini berlaku..yang manakah harus ku pilih..yang manakah harus ku dengar katanya..ku sayangkan kedua orang tua ku..kerana merekalah ku dapat menjalani kehidupan seperti ini sekarang..kedua orang tua ku ingin berjumpa dengan ku..jika badan ku boleh dibelah dua..ku akan membelah badan ku..sebelah pergi berjumpa umi..sebelah lagi berjumpa abi..akan tetapi ku cuma insan biasa..insan yang lemah dimuka bumi ini..ku akan memikirkan hal ini sedalam yang mungkin..dan membuat keputusan yang paling baik dan tidak menyakiti hati mana2 pihak yang tidak ku pilih untuk ku jumpa pada minggu ini..
itu sahaja IKUT KATA HATI ku pada kali ini...sekian wasalam..
No comments:
Post a Comment